Kejuruteraan elektronik
Kejuruteraan elektronik

Kejuruteraan elektronik

Kejuruteraan elektronik adalah salah satu cabang kejuruteraan dari cabang kejuruteraan elektrik[1]. Komponen-komponen elektrik bukan-linear dan aktif seperti tiub elektron dan peranti semikonduktor terutamanya transistor, diod dan litar bersepadu digunakan dalam merekabentuk litar elektronik, peranti elektronik dan sistem elektronik, seringkali ia melibatkan komponen elektrik pasif dan berdasarkan papan litar bercetak(printed circuit board, PCB).[2] Di bawah cabang kejuruteraan elektronik, terbahagi kepada beberapa lagi cabang-cabang kecil seperti elektronik analog, elektronik digital, elektronik pengguna, sistem terbenam dan elektronik kuasa. Kejuruteraan elektronik banyak melibatkan pengimplementasian terhadap aplikasi, prinsip dan pembangunan algoritma dari pelbagai bidang yang berkaitan seperti fizik keadaan pepejal, kejuruteraan radio, telekomunikasi, sistem kawalan, pemprosesan isyarat, kejuruteraan sistem, kejuruteraan komputer, kejuruteraan instrumen, kawalan elektrik kuasa dan robotik.[3]Institut Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Institute of Electrical and Electronics Engineers(IEEE) adalah sebuah badan penting yang menentukan spesifikasi piawai peralatan dan material untuk kegunaan para jurutera elektronik[4].